Pada 25 April 2019, Pihak Kontraktor dan juga Konsultan telah menyerahkan kunci Ar-Rahnu KOSMA. Kerja-kerja ubah-suai telah siap dilaksanakan dan Ar-Rahnu Temerloh dijangka akan mula beroperasi pada 13 Mei 2019. Majlis ini telah dihadiri oleh Yang Hormat Dato’ Haji Mokhtar bin Mat Salleh selaku Pengerusi KOSMA dan juga dihadiri oleh beberapa orang Anggota Lembaga. Diharapkan KOSMA dapat membuka lebih banyak lagi Ar-Rahnu di sekitar Negeri Pahang.
