Pada 5 Julai 2019, Suruhanjaya Koperasi Malaysia telah mengadakan Majlis Hari Raya Gerakan Koperasi Negeri Pahang 2019 bertempat di Dewan Hotel Grand Darul Makmur Kuantan. Majlis ini telah dihadiri oleh Anggota-anggota Koperasi sekitar Negeri Pahang. Kakitangan ibu pejabat dan juga Anggota Lembaga turut hadir dalam majlis ini serta Anggota Lembaga Pengurus yang diwakili oleh Yang Hormat Dato’ Abdul Manan bin Abdul Rahman menyampaikan duit raya kepada anak-anak yatim.
