Pada 19 September 2019, Jam 9.30 pagi telah diadakan Majlis taklimat dan penerangan Anggota-anggota KOSMA yang disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Pahang, Encik SAffuan Fathi bin Hj. Md. Shuhaimi. Seramai 97 orang hadir ke Majlis ini yang di adakan di Dewan Sanggang, Hotel Sri Malaysia. Turut hadir, YH Dato’ Haji Abdul Manan (Pengerusi), YH Dato’ Hajjah Nazilah Bt Abd. Latif (Timb. Pengerusi), Tuan Drs. Kamarazaman bin Zainal Abidin (Setiausaha), YH Dato’ Haji Zamri bin Mohamed (Bendahari), Encik Rasli bin Suboh (Anggota Lembaga) dan Jawatankuasa Seranta dan Penerbitan. Diharap majlis ini dapat memberikan penjelasan kepada Anggota-anggota baru supaya mereka memahami konsep berkoperasi.
