Pada 22 Oktober 2019 bertempat di Hotel Movenpick & Pusat Konvensyen, KLIA, KOSMA telah menerima Anugerah Zakat Kebangsaan 2019 kategori Syarikat Awam Berhad. Anugerah ini telah disampaikan oleh YB Datuk Seri Dr. Mujahid Bin Yusof, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri. KOSMA diwakili oleh YH Dato’ Haji Abdul Manan bin Abdul Rahman (Pengerusi), YH Dato’ Hajah Nazillah binti Abd Latiff (Timbalan Pengerusi), Drs Kamarazaman bin Zainal Abidin (Setiausaha), dan YH Dato’ Haji Zamri bin Mohamed (Bendahari).








