Pada 9 November 2019, pada jam 2 petang, KOSMA telah mengadakan Majlis Penerangan / Mesra di Jerantut bertempat di Hotel Darul Makmur. Seramai 32 orang Anggota KOSMA sekitar Jerantut dan Kuala Lipis hadir bagi mendengar penerangan dan pencapaian KOSMA yang telah disampaikan oleh Pengurus Besar, Encik Mohd Shafirun bin Azba. Pada Majlis ini juga telah diadakan sesi soal jawab bagi menjawab persoalan dan kekeliruan anggota. Diharap dengan penganjuran majlis ini, dapat memberi penerangan yang jelas kepada anggota mengenai isu-isu semasa KOSMA.
