Pada 27 Januari 2020, ANGKASA Negeri Kedah telah mengadakan lawatan ke KOSMA bertempat di KOSMA Business Hotel. Lawatan ini bertujuan perkongsian maklumat berkaitan aktiviti KOSMA dan soal jawab berkaitan KOSMA. Taklimat ini telah disampaikan oleh, YH Dato’ Haji Abdul Manan bin Abdul Rahman (Pengerusi), YH Dato’ Hajah Nazillah binti Abd Latif (Timbalan Pengerusi), Yang Berbahagia Drs. Kamarazaman bin Zainal Abidin (Setiausaha) dan YH Dato’ Haji Zamri bin Mohamed (Bendahari) dan Encik Mohd Shafirun bin Mohd Azba (Pengurus Besar).
