09-517 7977 / 517 7289

admin@kosma.com.my

Isnin - Jumaat, 8 pagi - 7 petang

Majlis Santapan Malam sempena Sambutan 100 Tahun Gerakan Koperasi

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, pemimpin dan ahli koperasi perlu berintegriti serta amanah dalam menguruskan aset dan perolehan koperasi untuk kepentingan negara. Baginda juga bangga dengan pencapaian koperasi di negara ini dengan asetnya yang menjangkau RM150 bilion.

“Ini satu angka yang besar, diharap ia dapat diurus tadbir dengan sebaik mungkin. Setiap ahli (koperasi) harus berintegriti, amanah supaya tidak lalai dalam urusan tadbir urus demi kepentingan tujuh juta ahli sedia ada.

“Ini satu amanah besar dan jadikan koperasi yang boleh bersama-sama dibangun dan memberi faedah kepada tujuh juta ahli,” titah baginda pada Majlis Santapan Malam sempena Sambutan 100 Tahun Gerakan Koperasi di sini, malam ini.

Kongsikan