Koperasi Serbaguna KOSMA Berhad (KOSMA) telah menganjurkan Program Team Building KOSMA selama dua (2) hari pada 12 dan 13 Januari 2026 bertempat di Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, Pahang.
Program ini telah dirasmikan oleh Dato’ Haji Zamri bin Mohamed, Pengerusi KOSMA. Turut hadir memeriahkan program ialah Dato’ Haji Mohd Sabri bin Haji Abdullah, Timbalan Pengerusi KOSMA, Cr Abdul Hamid bin Ghazali, Setiausaha KOSMA, Puan Hajah Zuraida Binti Awang Said, Bendahari KOSMA, barisan Anggota Lembaga KOSMA, Jawatankuasa Audit Dalaman (JKAD) serta barisan kakitangan KOSMA yang terlibat.
Penganjuran program ini bertujuan untuk memperkukuhkan semangat kerja berpasukan, meningkatkan komunikasi dalaman serta memupuk hubungan yang lebih erat dalam kalangan warga kerja KOSMA. Sepanjang program, para peserta telah didedahkan dengan pelbagai aktiviti berkumpulan yang menekankan elemen kerjasama, kepimpinan dan penyelesaian masalah secara berpasukan.
Selain itu, suasana program yang santai dan kondusif turut memberi ruang kepada para peserta untuk berinteraksi secara lebih terbuka, sekali gus meningkatkan motivasi serta semangat kekitaan dalam organisasi. Pendekatan ini selaras dengan komitmen KOSMA dalam membangunkan modal insan yang berkualiti dan berdaya saing.








