09-517 7977 / 517 7289

admin@kosma.com.my

Isnin - Jumaat, 8 pagi - 7 petang

Sesi Taklimat Pelaburan Hotel Salaam Luxury oleh King’s Park Genting Highlands

Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA) telah menghadiri Sesi Taklimat Pelaburan Hotel Salaam Luxury yang dianjurkan oleh King’s Park Genting Highlands, bertujuan untuk mendapatkan penerangan lanjut berhubung cadangan pelaburan yang ditawarkan kepada koperasi.

Sesi taklimat tersebut turut dihadiri oleh wakil Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Ibu Pejabat yang diketuai oleh Tuan Hj. Efendee O P Andu, bagi mendengar serta meneliti pembentangan yang disampaikan oleh pihak penganjur.

Delegasi KOSMA telah diketuai oleh Dato’ Haji Zamri bin Mohamed, Pengerusi KOSMA. Turut hadir ialah Dato’ Haji Mohd Sabri bin Haji Abdullah, Timbalan Pengerusi KOSMA; Cr Abdul Hamid bin Ghazali, Setiausaha KOSMA; Puan Hajah Zuraida binti Awang Said, Bendahari KOSMA; barisan Anggota Lembaga KOSMA serta kakitangan KOSMA yang terlibat.

Melalui sesi ini, pihak KOSMA telah diberikan penerangan menyeluruh berkaitan konsep pelaburan, potensi pulangan serta hala tuju pembangunan Hotel Salaam Luxury di Genting Highlands. Taklimat ini dilihat sebagai platform penting untuk membantu pihak KOSMA membuat penilaian awal sebelum sebarang keputusan atau pertimbangan lanjut dibuat.

KOSMA sentiasa komited untuk meneroka peluang pelaburan strategik yang berdaya maju dan berpotensi memberi manfaat jangka panjang kepada koperasi serta para anggotanya.

Kongsikan