09-517 7977 / 517 7289

admin@kosma.com.my

Isnin - Jumaat, 8 pagi - 7 petang

SEMINAR AKTA, PERATURAN DAN PEMBANGUNAN TANAH

Pada 30 April 2025 – KOSMA telah menganjurkan Seminar Akta, Peraturan dan Pembangunan Tanah bertempat di Auditorium Kompleks Perladangan KOSMA. Seminar ini telah disampaikan oleh penceramah jemputan daripada Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG), Putrajaya.

Fokus utama seminar adalah untuk memperkukuh kefahaman berkaitan sistem perundangan dan peraturan tanah di Malaysia, termasuk aspek pemilikan, pewartaan, pembangunan, serta pengurusan hasil tanah. Antara topik penting yang dibincangkan termasuk:

  • Akta Kanun Tanah Negara (KTN) 1965, yang menjadi asas kepada segala urusan berkaitan tanah di Semenanjung Malaysia. Peserta diberi pendedahan mengenai seksyen-seksyen penting yang melibatkan pemilikan, pindah milik, pajakan, dan syarat kegunaan tanah.
  • Prosedur Pembangunan Tanah, termasuk kelulusan perancangan, penyediaan pelan tanah, penukaran syarat tanah, serta isu pematuhan kepada syarat nyata dan sekatan kepentingan.
  • Isu-isu kontemporari dalam pengurusan tanah, seperti tanah rizab Melayu, tanah kerajaan, dan penguatkuasaan terhadap pencerobohan atau penggunaan tanah secara tidak sah.
  • Peranan JKPTG dan Pejabat Tanah dan Galian Negeri dalam menyelia serta memastikan pembangunan tanah berjalan secara sah dan teratur.

Majlis telah diserikan dengan kehadiran YBhg. Dato’ Haji Zamri bin Haji Mohamed, Pengerusi Lembaga KOSMA; YBhg. Dato’ Haji Mohd Sabri bin Haji Abdullah, Timbalan Pengerusi; Tuan Haji Ismail bin Abd Rahman, Setiausaha; dan Puan Hajah Zuraida binti Awang Said, Bendahari. Turut hadir ialah Anggota Lembaga, JKAD, Jawatankuasa KOSMA, Pengurus Besar serta kakitangan yang terlibat.

Dengan penganjuran seminar ini, diharapkan semua yang terlibat dalam pengurusan tanah dapat melaksanakan tanggungjawab dengan lebih cekap, beretika dan sejajar dengan peraturan yang ditetapkan.

Kongsikan