Pada 9 November 2022, KOSMA telah mengadakan program townhall kakitangan KOSMA bersama Jawatankuasa Pentadbir. Turut hadir pada majlis tersebut iaitu YB Dato’ Sri Dr. Sallehuddin bin Ishak, YB Dato’ Saiful Edris bin Zainuddin, Encik Zahari bin Abdul Aziz dan Dato’ Ahmad Nasim bin Dato’ Haji Mohd Sidek, Pegawai Daerah Rompin.
Program yang berlangsung selama sehari ini melibatkan kakitangan ibu pejabat, kakitangan perladangan, kakitangan ar-rahnu dan kakitangan hotel.
Selain daripada perjumpaan bersama Jawatankuasa Pentadbir, program ini turut menyelitkan slot taklimat oleh Jabatan Tenaga Kerja (JTK) yang telah diwakili oleh Encik Aznan bin Salleh, Penolong Pengarah Tenaga Kerja Kanan, Jabatan Tenaga Kerja Daerah Pekan yang telah menyampaikan taklimat mengenai Akta Kerja 1955.












