09-517 7977 / 517 7289

admin@kosma.com.my

Isnin - Jumaat, 8 pagi - 7 petang

Program Induksi Kakitangan KOSMA

Pada 12 & 13 Oktober 2022, Pihak Pengurusan KOSMA telah mengadakan program induksi. Program ini akan berlangsung selama 2 hari. Program ini melibatkan penyertaan kakitangan ibu pejabat, kakitangan perladangan, kakitangan ar-rahnu & kakitangan hotel.

Melalui program ini semua kakitangan akan didedahkan dengan perkongsian pengetahuan, seperti asas-asas pengurusan ladang, hal ehwal pengurusan pentadbiran, kewangan, perolehan & hala tuju perladangan sawit di ladang KOSMA.

Taklimat perkongsian pengetahuan ini, akan disampaikan oleh barisan-barisan kepimpinan pentadbiran KOSMA di peringkat ladang serta ibu pejabat.

Dengan perlaksanaan program ini, dengan harapan pihak kakitangan dapat menambah pengetahuan dan memberikan manfaat kepada semua yang hadir sepanjang program ini.

Pada Majlis yang sama, KOSMA telah menyerahkan Pampasan Kematian berjumlah RM100,000 kepada waris Allahyarham Mohamad Darus bin Wahab yang telah meninggal dunia pada 15 Ogos 2022 yang lalu. Sumbangan telah disampaikan oleh Encik Mohd Razuan bin Mustafar Kamar (Pengurus Ladang KOSMA 6).

Galeri Gambar

Kongsikan