09-517 7977 / 517 7289

admin@kosma.com.my

Isnin - Jumaat, 8 pagi - 7 petang

PERUTUSAN PENTADBIR KOSMA

PERUTUSAN PENTADBIR KOSMA

Assalamualaikum WBT kepada semua ahli-ahli kosma yang saya sayangi.

Saya Dato’ Haji Zazali bin Haron Pentadbir KOSMA yang baru mengantikan Dato’ Zahari bin Abdul Aziz berkuatkuasa pada 26.03.2023.

Sebagai Pentadbir, saya tahu amanah ini berat dan saya fokus untuk mengadakan Mensyuarat Agung secepat mungkin, bahkan dalam perancangan saya Insyallah saya mencadangkan 17 Jun 2023 untuk mengadakan MAT. Saya sudah meminta Pengurusan KOSMA menyediakan perancangan beserta buku laporan dan sewajarnya.

Kedudukan kewangan KOSMA alhamdulillah nampaknya akaun berakhir pada bulan 12 tahun 2022 telah siap dan akan dibentang didalam MAT dan saya lihat pada prestasi kewangan dalam kedudukan yang sangat baik.

Saya memohon kesabaran serta kerjasama daripada semua Anggota KOSMA untuk membantu saya bersama-sama mengadakan MAT dengan segera supaya KOSMA dapat kembali berjalan seperti biasa dimana akan diterajui oleh lembaga-lembaga yang dilantik oleh ahli.

Sekian,

Assalamualaikum WBT.

DATO” HAJI ZAZALI BIN HARON

PENTADBIR KOSMA

Kongsikan