Pada 29 Januari 2026. Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA) telah mengadakan Majlis Penyerahan Watikah serta Surat Lantikan dan Kenaikan Pangkat kepada kakitangan KOSMA sebagai pengiktirafan terhadap komitmen, prestasi dan sumbangan berterusan warga kerja koperasi.
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Dato’ Haji Zamri bin Mohamed, Pengerusi KOSMA, yang turut menyampaikan watikah serta surat lantikan dan kenaikan pangkat kepada kakitangan terlibat. Dalam ucapannya, beliau menzahirkan penghargaan dan tahniah kepada penerima serta berharap pelantikan ini dapat meningkatkan lagi tahap profesionalisme, integriti dan kualiti perkhidmatan dalam organisasi KOSMA.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah Dato’ Haji Mohd Sabri bin Haji Abdullah, Timbalan Pengerusi KOSMA, Cr Abdul Hamid bin Ghazali, Setiausaha KOSMA, Puan Hajah Zuraida binti Awang Said, Bendahari KOSMA, barisan Anggota Lembaga KOSMA, Jawatankuasa Audit Dalaman (JKAD) serta kakitangan KOSMA yang terlibat.
Majlis ini bukan sahaja bertujuan menyampaikan surat lantikan dan kenaikan pangkat, malah menjadi platform untuk memperkukuh semangat kerjasama serta komitmen kakitangan dalam mendukung aspirasi dan hala tuju KOSMA. Pihak pengurusan berharap agar kepercayaan yang diberikan dapat digalas dengan penuh tanggungjawab demi memastikan kecemerlangan berterusan organisasi.




























