09-517 7977 / 517 7289

admin@kosma.com.my

Isnin - Jumaat, 8 pagi - 7 petang

Penyerahan Basikal kepada Pekerja Bangladesh

Bagi memudahkan pekerja-pekerja Bangladesh yang bekerja di Ladang Bukit Serlai yang mempunyai struktur yang berbukit bukau, KOSMA telah membelikan basikal kepada pekerja-pekerja tersebut. Majlis penyerahan basikal ini telah diadakan di Ladang KOSMA yang disampaikan oleh Pengurus Pentadbiran KOSMA kepada Pengurus Ladang Bukit Serlai, Encik Abd Rashid bin Mat Nor. Sebanyak 43 buah basikal jenis BOB Bike telah diserahkan kepada pekerja-pekerja tersebut pada 08 Julai 2009. Pekerja-pekerja Bangladesh yang disediakan basikal ini akan membuat bayaran ansuran pembelian basikal ini sebanyak 4 kali iaitu RM50 setiap bulan daripada gaji mereka.

Kongsikan