09-517 7977 / 517 7289

admin@kosma.com.my

Isnin - Jumaat, 8 pagi - 7 petang

Pengumuman Pembayaran Dividen Unit Ladang KOPERASI SERBAUSAHA MAKMUR BERHAD

JERANTUT – Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA) terus menunjukkan prestasi cemerlang apabila merekodkan pendapatan ladang RM273.13 juta tahun lalu, berbanding RM224.88 juta pada tahun 2024.

Selain itu, keuntungan bersih tahun lalu pula berjumlah RM177.63 juta.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, KOSMA akan membayar dividen unit ladang dengan jumlah keseluruhan RM30.62 juta kepada 1,494 ahli mereka bermula hari ini.

“Bersempena sambutan hari raya Aidilfitri yang bakal menjelang, KOSMA akan membayar pendahuluan dividen satu unit ladang bernilai RM6,000 kepada semua anggota.

“Selain itu, KOSMA juga akan memberikan bonus raya kepada semua anggota… bonus raya ini berjumlah RM2,000 dan membabitkan peruntukan RM2.9 juta,” katanya ketika sidang media pengumuman pembayaran unit ladang dan dividen KOSMA di Kompleks Kerajaan Daerah Jerantut pada Rabu.

Pembayaran bagi baki unit ladang pula, kata Wan Rosdy, akan dibayar selepas mesyuarat agung tahunan KOSMA pada Jun ini, manakala untuk pembayaran dividen modal syer pula akan diagihkan sebaik mendapat kelulusan Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

Beliau juga merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada Pengerusi KOSMA, Datuk Zamri Mohamed serta Ahli Lembaga Pengarah kerana berjaya membawa koperasi itu sehingga ke tahap ini.- The Malaysia Press

Kongsikan