Pada 13 APRIL 2022, YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail telah mengumumkan Agihan Keuntungan Pelaburan tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021. Keuntungan unit ladang berjumlah RM6,000 setiap unit dengan jumlah agihan berjumlah RM30.73 Juta dan Dividen Modal Syer 55% dengan jumlah dividen RM31.47 Juta. Anggota-anggota akan menerima keuntungan Unit Ladang dan 10% Modal syer yang akan dikreditkan mulai 15 April 2022. Bayaran Dividen Modal Syer adalah tertakluk kepada Kelulusan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Sementara itu, pada majlis yang sama, KOSMA juga telah menyumbangkan 3 unit Van Jenazah bagi kegunaan kariah masjid yang terpilih di sekitar Pahang, dan KOSMA akan menyumbangkan lebih banyak lagi pada masa hadapan.
