09-517 7977 / 517 7289

admin@kosma.com.my

Isnin - Jumaat, 8 pagi - 7 petang

Pemakluman Penting dari Pentadbir

Kepada Semua Anggota
Koperasi Serbausaha Makmur Berhad

Assalammualaikum / Salam Sejahtera

PERMOHONAN BAGI SEMAKAN KEHAKIMAN

Terdapat sekumpulan anggota dan bekas anggota KOSMA yang terkilan dengan tindakan Suruhanjaya Koperasi Malaysia ke atas KOSMA, telah membuat permohonan untuk memfailkan semakan kehakiman (judicial review) di mahkamah. Tarikh sebutan kes telah ditetapkan pada 4 Oktober 2022 di Mahkamah Tinggi Kuantan.

Semua anggota KOSMA dipohon memberi kerjasama supaya bertenang, tidak terpengaruh dan percaya dengan semua berita yang berkaitan dengan kes di atas, dari sumber yang tidak pasti, yang telah diviralkan menerusi semua media komunikasi.

Perkembangan terkini berkaitan dengan kes ini, akan dimaklumkan kepada semua anggota KOSMA melalui grup KOSMA Official dan webportal rasmi KOSMA.

Untuk makluman semua anggota yang dihormati, jika mempunyai sebarang pertanyaan, komen atau cadangan, bolehlah terus menghubungi PIHAK KOSMA di talian RASMI dibawah.

Harap maklum, terima kasih.

Yang benar,
PENTADBIR

Email : anggota@kosma.com.my
No. Tel : 09-5177977 / 09-5177980 / 09-5177289

Waktu Operasi:
Isnin – Khamis
8:00 pagi – 1:00 Tengahari
2:00 petang – 5:00 Petang

Jumaat
8:00 pagi – 12:15 Tengahari
2:45 petang – 5:00 Petang

Kongsikan