Kepada semua Anggota Koperasi Serbausaha Makmur Berhad
Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
PENJELASAN TENTANG EDARAN SURAT PERMINTAAN PENGESAHAN BAKI MODAL SYER DAN UNIT LADANG
Untuk makluman semua anggota, KOSMA telah melantik firma audit Afrizan & Associates Chartered Accountants (AF 1224) sebagai juruaudit luar yang sedang mengaudit penyata kewangan KOSMA bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022.
Surat Permintaan Pengesahan Baki Modal Syer dan Unit Ladang, merupakan proses biasa dalam kerja-kerja pengauditan penyata kewangan sesuatu koperasi. Sementelahan pula, juruaudit luar sebelum ini pernah membuat teguran dalam penyata kewangan bagi tahun 2019, 2020 dan 2021 dalam nota-nota kepada penyata kewangan dengan menyatakan bahawa “Tiada pengesahan ke atas syer anggota diedar pada tahun kewangan semasa” dan “Tiada pengesahan baki ke atas unit ladang anggota diedar pada tahun kewangan semasa”. Oleh itu, bagi tahun kewangan 2022 Pentadbir telah mengarahkan firma juruaudit luar supaya surat pengesahan tersebut dibuat dan diedarkan kepada semua anggota KOSMA.
Dengan penerangan dan penjelasan di atas, Pentadbir berharap semua anggota faham dan memberi kerjasama untuk menjawab surat pengesahan tersebut, terus kepada firma audit Afrizan & Associates. Tindakan segera dan kerjasama dari semua anggota adalah amat dihargai.
Harap maklum, terima kasih.
Yang benar
PENTADBIR