09-517 7977 / 517 7289

admin@kosma.com.my

Isnin - Jumaat, 8 pagi - 7 petang

Majlis Persaraan Encik Zainal Ariffin Bin Abd Rahman Pengurus Ladang Sungai Kepasing

Pada 11 September 2025 – Satu majlis persaraan yang penuh bermakna telah diadakan bagi meraikan persaraan Encik Zainal Ariffin bin Abd Rahman Pengurus Ladang Sungai Kepasing, yang akan menamatkan perkhidmatan beliau secara rasmi pada 19 September 2025.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan alu-aluan sebelum diteruskan dengan ucapan utama oleh Dato’ Haji Zamri Bin Haji Mohamed Pengerusi KOSMA, yang menyatakan penghargaan terhadap sumbangan Encik Zainal Ariffin sepanjang tempoh perkhidmatannya.

“En. Zainal Ariffin telah menamatkan perkhidmatannya pada satu detik yang sangat bermakna dan penuh kebanggaan. Beliau bersara ketika KOSMA berada di puncak kecemerlangan, khususnya dalam sektor perladangan sawit yang mencatatkan kutipan hasil tertinggi sejak penubuhan KOSMA.” ujar Pengerusi dalam ucapannya

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Dato’ Haji Mohd Sabri bin Haji Abdullah (Timbalan Pengerusi), Cr Abdul Hamid bin Ghazali (Setiausaha), Puan Hajah Zuraida binti Awang Said (Bendahari), serta Anggota Lembaga, JKAD, Pengurus Besar serta seluruh kakitangan KOSMA yang hadir bagi memberikan penghormatan terakhir dan tanda penghargaan kepada En. Zainal Ariffin.

Pelbagai acara turut diadakan termasuk tayangan montaj perjalanan kerjaya beliau, penyampaian cenderahati dan sesi bergambar bersama. Suasana majlis begitu sayu namun meriah, mencerminkan hubungan erat antara beliau dan warga kerja KOSMA.

En. Zainal Ariffin dalam ucapan balasnya menzahirkan rasa syukur dan terima kasih atas penghargaan yang diberikan serta mendoakan agar KOSMA terus maju dan berjaya.

Majlis diakhiri dengan jamuan makan tengah hari serta sesi ramah mesra antara warga KOSMA dengan En. Zainal Ariffin, sebagai penutup tirai kepada kerjaya cemerlang beliau di KOSMA.

Kongsikan