Pada 17 Mac 2026, Majlis Perjumpaan Anggota Lembaga KOSMA Bersama Kakitangan KOSMA telah berlangsung dengan penuh kemeriahan dan semangat kekeluargaan. Acara ini diadakan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri sebagai platform untuk mempereratkan hubungan dan kerjasama antara anggota lembaga KOSMA dan seluruh kakitangan KOSMA.
Majlis dimulakan dengan ucapan aluan pengerusi majlis, seterusnya ucapan dari anggota lembaga, sehingga ucapan dari Dato’ Haji Zamri bin Mohamed, Pengerusi KOSMA, yang mengucapkan terima kasih kepada semua kakitangan atas usaha dan komitmen mereka dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab. Dalam ucapannya, beliau turut menekankan pentingnya semangat kerja berpasukan dalam mencapai kejayaan bersama. Barisan kepimpinan KOSMA turut hadir untuk memberi sokongan dan berkongsi semangat dalam mengeratkan hubungan profesional di kalangan anggota dan kakitangan.
Majlis ini turut dihadiri oleh Dato’ Haji Mohd Sabri bin Haji Abdullah, Timbalan Pengerusi KOSMA; Cr Abdul Hamid bin Ghazali, Setiausaha KOSMA; serta Puan Hajah Zuraida binti Awang Said, Bendahari KOSMA dan anggota Lembaga KOSMA yang lain. Kehadiran kepimpinan ini menunjukkan komitmen mereka terhadap kesejahteraan dan kebajikan seluruh kakitangan KOSMA.
Majlis juga menjadi detik penting untuk saling bermaafan di kalangan anggota lembaga dan kakitangan. Suasana penuh mesra ini disambut dengan tawa dan kegembiraan, memberikan satu pengalaman yang sangat bermakna bagi setiap individu yang hadir.
Majlis diakhiri dengan sesi bergambar bersama, serta harapan agar semangat Hari Raya ini dapat diteruskan sepanjang tahun dalam menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan penuh komitmen dan kasih sayang.














