09-517 7977 / 517 7289

admin@kosma.com.my

Isnin - Jumaat, 8 pagi - 7 petang

Majlis Penyerahan Kenderaan Kepada Penolong Pengurus dan Jabatan Hal Ehwal Kompleks Perladangan KOSMA.

Pada 29 Januari 2026. KOSMA telah mengadakan Majlis Penyerahan Kenderaan kepada Penolong Pengurus dan Jabatan Hal Ehwal Kompleks Perladangan sebagai usaha memperkukuh kecekapan pengurusan serta melancarkan pelaksanaan tugasan harian di peringkat operasi.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Dato’ Haji Zamri bin Mohamed, Pengerusi KOSMA. Turut hadir memeriahkan program ialah Dato’ Haji Mohd Sabri bin Haji Abdullah, Timbalan Pengerusi KOSMA, Cr Abdul Hamid bin Ghazali, Setiausaha KOSMA, Puan Hajah Zuraida binti Awang Said, Bendahari KOSMA, Anggota Lembaga KOSMA, Jawatankuasa Audit Dalaman (JKAD) serta barisan kakitangan KOSMA yang terlibat.

Penganjuran majlis ini bertujuan untuk meningkatkan kecekapan operasi serta memudahkan urusan pemantauan, penyeliaan dan pengurusan kawasan perladangan secara lebih sistematik dan berkesan.

Majlis ini sekali gus mencerminkan komitmen berterusan KOSMA dalam memperkasa pengurusan, kebajikan kakitangan dan pembangunan organisasi secara menyeluruh.

Kongsikan