Pada 15 JUN 2025, pada jam 10.00 pagi, KOSMA telah mengadakan Majlis Penerangan dan Ramah Mesra Bersama Anggota KOSMA di Dewan Hotel Grand Darl Mamur Kuantan. Ramai Anggota KOSMA sekitar Kuatan dan negeri-negeri lain hadir bagi mendengar penerangan dan pencapaian KOSMA yang telah disampaikan oleh Dato’ Haji Zamri bin Mohamed (Pengerusi KOSMA). Pada Majlis ini juga telah diadakan sesi soal jawab bagi menjawab persoalan dan kekeliruan anggota. Diharap dengan penganjuran majlis ini, dapat memberi penerangan yang jelas kepada anggota mengenai isu-isu semasa KOSMA.






