Pada 24 Mei 2025, pada jam 9.00 PAgI, KOSMA telah mengadakan Majlis Penerangan dan Ramah Mesra Bersama Anggota KOSMA di Dewan Tunera Hotel Bangi Selangor. Seramai 140 Anggota KOSMA sekitar Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan, dan lain-lain negeri telah hadir bagi mendengar penerangan dan pencapaian KOSMA yang telah disampaikan oleh Dato’ Haji Zamri bin Mohamed (Pengerusi KOSMA). Pada Majlis ini juga telah diadakan sesi soal jawab bagi menjawab persoalan dan kekeliruan anggota. Diharap dengan penganjuran majlis ini, dapat memberi penerangan yang jelas kepada anggota mengenai isu-isu semasa KOSMA.
