09-517 7977 / 517 7289

admin@kosma.com.my

Isnin - Jumaat, 8 pagi - 7 petang

MAJLIS MENGACAU BUBUR ASYURA

Pada 11 Julai 2025 – Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA) telah menganjurkan Majlis Mengacau Bubur Asyura bertempat di perkarangan Ibu Pejabat KOSMA, Kuantan.

Majlis yang diadakan sempena bulan Muharam ini bukan sahaja menghidupkan budaya warisan turun-temurun, malah menjadi wadah mengeratkan hubungan silaturahim antara kakitangan dan barisan kepimpinan tertinggi KOSMA.

Turut hadir memeriahkan program ialah Yang Berbahagia Dato’ Haji Zamri bin Haji Mohamed, Pengerusi KOSMA. Dato’ Haji Mohd Sabri bin Haji Abdullah, Timbalan Pengerusi. Cr Abdul Hamid Bin Ghazali, Setiausaha. Puan Hajah Zuraida Binti Aw. Said, Bendahari serta barisan Anggota Lembaga KOSMA.

Majlis diakhiri dengan agihan bubur Asyura kepada kakitangan dan masyarakat setempat.

Kongsikan