Pada 26 November 2025 –Koperasi Serbausaha Makmur Berhad telah mengadakan Majlis Apresiasi Kakitangan KOSMA 2025 di Hotel Ancasa Royale, Pekan, sebagai tanda penghargaan terhadap komitmen serta sumbangan kakitangan Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA) sepanjang tahun.
Majlis bermula dengan pendaftaran tetamu dan ketibaan barisan VVIP sebelum diteruskan dengan ucapan aluan oleh pengacara majlis.
Pengerusi Jawatankuasa Majlis, YH Dato’ Haji Mohd Sabri bin Abdullah, yang juga Timbalan Pengerusi KOSMA, dalam ucapan aluannya menyatakan penghargaan kepada seluruh kakitangan atas usaha gigih dan dedikasi dalam memacu kecemerlangan organisasi.
Ucapan perasmian kemudiannya disempurnakan oleh YH Dato’ Haji Zamri bin Mohamed, Pengerusi KOSMA, yang menekankan kepentingan budaya kerja positif, semangat kerjasama serta komitmen yang berterusan dalam meningkatkan prestasi koperasi.
Turut memeriahkan majlis ialah Cr Abdul Hamid bin Ghazali (Setiausaha), Puan Hajah Zuraida binti Awang Said (Bendahari), wakil Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Anggota Lembaga, wakil JKAD, serta kakitangan KOSMA dari Ibu Pejabat, Perladangan, Perhotelan dan Ar-Rahnu.
Selepas jamuan makan malam, majlis diteruskan dengan sesi penyampaian khas. Antara penerima ialah Encik Hassan bin Salim, yang menamatkan perkhidmatannya pada 30 Oktober 2025 atas faktor kesihatan. Selain itu, majlis turut menyaksikan penyampaian khas kepada kakitangan yang telah bersara pada tahun ini, Encik Zainal Ariffin bin Abd Rahman, Encik Azlan bin Kamaludin, dan Puan Siti Aishah binti Zahari. Penghargaan ini diberikan sebagai simbol pengetahuan dan jasa yang telah ditaburkan oleh mereka sepanjang tempoh perkhidmatan di KOSMA.
Majlis diteruskan dengan penyampaian Anugerah Apresiasi Kakitangan KOSMA 2025, menghargai pencapaian dan kecemerlangan warga kerja dalam pelbagai kategori. Suasana malam bertambah meriah dengan persembahan lagu dan tarian, diikuti acara cabutan bertuah serta penyampaian hadiah pakaian tercantik yang mendapat sambutan hangat para hadirin.
Majlis berakhir dalam suasana penuh kemeriahan dan penghargaan, mencerminkan semangat kebersamaan warga kerja KOSMA dalam meraikan jasa, pencapaian dan komitmen seluruh warga organisasi.















