09-517 7977 / 517 7289

admin@kosma.com.my

Isnin - Jumaat, 8 pagi - 7 petang

Lawatan Kerja Delegasi ke India

Sebagai Hadiah Anugerah 10 Koperasi Cemerlang semasa diumumkan pada Hari Koperasi Negara Tahun 2009, KOSMA telah terpilih untuk menghantar 2 orang wakil bagi menyertai satu lawatan kerja delegasi koperasi yang diadakan di Mumbai dan Pune, India di mana kos bagi menyertai lawatan ini dibiaya sepenuhnya oleh SKM. KOSMA telah diwakili oleh Pengerusi YH Dato’ Haji Abdul Jabbar bin Haji Ibrahim dan Timbalan Pengerusi YH Dato’ Zainal bin Hassan dalam lawatan kerja yang telah diadakan pada 8 hingga 16 Ogos 2009 tersebut. Tujuan lawatan kerja ini adalah : –

  • Mewujudkan rangkaian perhubungan ( networking ) antara koperasi Malaysia dengan koperasi di India dalam pelbagai bidang yang boleh diterokai bersama.
  • Perbincangan secara terus antara koperasi Malaysia dengan koperasi di India mengenai aktiviti kredit yang diamalkan di India yang boleh diadaptasikan di negara ini;
  • Melawat ke koperasi-koperasi yang boleh dijadikan contoh dalam aktiviti yang berkaitan dengan kredit, pertanian, kepenggunaan dan pusat latihan untuk modus operandi gerakan koperasi di Malaysia;
  • Memberi pendedahan dan pengetahuan kepada delegasi daripada sumber primer ( first hand knowledge ) tentang koperasi dan melihat kaedah pembiayaan, pengeluaran dan pemasaran produk-produk pertanian terus daripada institusi yang bertanggungjawab.
Kongsikan