Pada 25 Julai 2019, KOSMA telah mengadakan lawatan ke Felda Tekam, Jerantut. Lawatan ini dihadiri oleh Kakitangan Ibu Pejabat, sebahagian kakitangan ladang dan juga Jawatankuasa Pengurusan KOSMA. Lawatan ini bertujuan mempelajari pengurusan pejabat 5s yang telah di implimentasi di pejabat Felda Tekam. Penggunaan 5s ini adalah untuk memastikan pejabat, fail-fail dan persekitaran tempat kerja berada dalam keadaan selamat, kemas dan teratur.
