Bermula pada 8 November 2018, bertempat di The Legend Hotel Cherating telah diadakan kursus Pemahaman dan Pelaksanaan ISO 9001:2015. Dihadiri oleh seramai 37 orang yang terdiri daripada kakitangan Ladang, Ibu Pejabat, Perhotelan, Ar-Rahnu dan juga Yayasan KOSMA. Turut hadir wakil daripada Anggota Lembaga,Encik Azaham Shah bin Badrillah. Kursus ini bertujuan memberi pemahaman yang lebih mendalam berkenaan ISO 9001:2015 dan bagaimana untuk melaksanakan sehingga KOSMA menerima sijil pengiktiran ISO 9001:2015. Diharap usaha murni ini diteruskan bagi memacu KOSMA ke peringkat antarabangsa.










