KOSMA berbesar hati menerima kunjungan mesra YB Dato’ Seri Ismail Sabri bin Yaakob dan rombongan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) serta Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) ke KOSMA pada 29 Januari 2011. Pihak rombongan diberi penerangan ringkas tentang perkembangan KOSMA khasnya dari segi rancangan-rancangan di masa hadapan contohnya pembukaan Ar-Rahnu, Hotel Butik KOSMA dan KOSMA Medical Centre. Majlis diikuti dengan jamuan teh bersama warga KOSMA dan sesi sidang akhbar di Hotel Sri Malaysia, Kuantan
