Syarikat Anggun Tobia JV Sdn Bhd (ATJV), telah mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat KOSMA pada 10 Februari 2011 yang lalu. Syarikat tersebut iaitu sebuah syarikat usahasama di antara sebuah syarikat tempatan dan Tobia Co. Ltd., Jepun yang mengusahakan bahan-bahan binaan yang dipatenkan sebagai ‘Eco-Board’ untuk industri perumahan dan pembinaan. Turut hadir bagi sesi perbincangan dan taklimat bersama syarikat tersebut adalah YH Dato’ Haji Mokhtar bin Mat Salleh, Bendahari KOSMA dan Encik Azlan bin Uzir, Pengurus Besar KOSMA.
