09-517 7977 / 517 7289

admin@kosma.com.my

Isnin - Jumaat, 8 pagi - 7 petang

Kenyataan Umum

KOPERASI SERBAUSAHA MAKMUR BERHAD (KOSMA)

1. Berdasarkan Award Tribunal yang telah disahkan oleh Pengerusi Tribunal Koperasi
pada 25 Februari 2022, Pihak Koperasi membuat pengisytiharan bahawa penggantungan
Dato’ Haji Khadri bin Musa sebagai anggota lembaga koperasi pada 16 Jun 2020 adalah
terbatal.

2. Kesinambungan dengan ini, penggantungan dua (2) anggota lembaga yang lain iaitu
Dato’ Sri Haji Abdul Jabbar bin Haji Ibrahim dan Dato’ Haji Mokhtar bin Mat Salleh juga
dibatalkan
kerana penggantungan mereka adalah melibatkan perkara material yang sama
dengan penggantungan yang dimaksudkan.

3. Bagi penggantungan yang selainnya, setelah menerima dan mendapat pandangan
daripada pihak Tribunal Koperasi juga, pihak Koperasi memutuskan menarik balik
penggantungan keanggotaan bagi anggota yang bernama Dato’ Haji Azlan bin Uzir dan
Haji Ahmad Shukri bin Johari kerana ianya melibatkan subjek dan alasan
penggantungan yang sama.


4. Namun pembatalan penggantungan anggota lembaga bagi ketiga-tiga individu ini tidak
dapat mengembalikan mereka memegang jawatan sebagai anggota lembaga koperasi kerana
kedudukan koperasi yang sekarang ini masih lagi ditadbir oleh pentadbir sehingga ke suatu
tarikh yang akan ditentukan kelak melalui perintah Seksyen 69 Akta Koperasi 1993 oleh
Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

5. Pihak Koperasi akur dengan award yang telah diberikan oleh Tribunal Koperasi dan akan
melaksanakan segala kehendak tersebut mengikut lunas perundangan yang ada.
Sekian, terima kasih

PENTADBIR

6 APRIL 2022

Kongsikan