KOSMA telah mengadakan kejohanan terbuka woodball pada 27 Mac 2011 baru-baru ini bertempat di padang woodball Ladang KOSMA. Kejohanan ini mendapat penyertaan yang memberangsangkan daripada peserta-peserta dari daerah Temerloh, Kuantan, Maran, Bera,Rompin dan Muadzam Shah. Jumlah keseluruhan penyertaan adalah melebihi 50 orang. Kejohanan ini dapat mengeratkan lagi hubungan KOSMA dengan masyarakat luar di sekitar daerah di Pahang.
