Bil (02) KOSMA.KOOP:100-3/66-2025 (MAT-41)
09 Januari 2026
Semua Anggota-anggota
Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA)
YH Dato’/Tuan/Puan,
BORANG PENAMAAN CALON ANGGOTA LEMBAGA UNTUK MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOSMA KE 41
Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas, sukacita dimaklumkan bagi memenuhi keperluan Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA) Kali Ke 41, pemilihan bagi mengisi kekosongan tiga (3) jawatan Anggota Lembaga untuk tempoh 1 penggal (2026-2029) akan dilaksanakan mengikut peruntukan Undang-undang Kecil 36, 37 & 38 KOSMA.
2. Sehubungan dengan itu, bersama – sama ini disertakan Borang Penamaan Calon Anggota Lembaga untuk tindakan yang selanjutnya daripada YH Dato’/Tuan/Puan.
3. Borang yang telah lengkap hendaklah dikembalikan melalui serahan tangan atau perkhidmatan POS LAJU dengan segera ke Ibu Pejabat KOSMA beserta sekeping gambar berukuran passport atau sebelum 13 Februari 2026 (Jumaat), jam 12.00 tengahari.
4. Calon-calon adalah dikehendaki mengisi Borang SKM/BP dan Borang SKM/TAP/KEW (akan dihantar atau boleh diambil di Ibu Pejabat KOSMA dan hendaklah dihantar semula ke Ibu Pejabat KOSMA pada atau sebelum 06 Mac 2026 bagi memenuhi syarat-syarat Garis Panduan (Seksyen 43 (2) Akta Koperasi) yang akan ditentukan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia sepertimana yang dilaksanakan bagi pemilihan mesyuarat agung terdahulu.
Sekian,harap maklum dan terima kasih.
Yang benar,
CR ABDUL HAMID BIN GHAZALI
Setiausaha
Koperasi Serbausaha Makmur Berhad



