Pada 15 hingga 17 Oktober 2019, KOSMA telah mengadakan Bengkel Jawatankuasa Perkhidmatan, Perjawatan & Tatatertib dan juga Bengkel Jawatankuasa Pengurusan Risiko & Intergriti yang telah diadakan serentak di Kompleks Perladangan KOSMA selama 3 hari. Bengkel ini bertujuan menambah baik aturan dan syarat perkhidmatan kakitangan serta pengurusan risiko dan ISO yang akan dilaksanakan. Bengkel ini telah dirasmikan oleh Pengerusi KOSMA, YH Dato’ Abdul Manan bin Abdul Rahman. Bengkel ini dihadiri oleh Anggota Lembaga Pengurusan, Ahli Jawatankuasa, serta kakitangan yang terlibat. Pada sebelah petangnya pula, diadakan aktiviti riadah woodball.







